“PERSONALITY DAN ETIKA SEORANG SETIAUSAHA”.
PENGENALAN
Profesion yang akan saya ceburi ialah seorang setiausaha. Setiap organisasi mempunyai setiausaha dan tugas setiausaha adalah untuk menyokong mereka. Ia adalah kedudukan yang baik untuk pekerja syarikat yang mempunyai pengalaman dan mencari jalan promosi tanpa memerlukan pendidikan tinggi. Sebagai seorang setiausaha pekerjaan anda akan dipenuhi dengan kedua-dua ganjaran dan cabaran.Sebagai seorang setiausaha , pekerjaan akan dipenuhi dengan kedua-dua ganjaran dan cabaran..Fungsi setiausaha adalah untuk menyokong pengurus dalam operasi harian organisasi. Peranan seorang setiausaha adalah untuk mengawasi pekerja, bekerja dengan pelanggan dan membantu melaksanakan arahan pengurus dan pemiliknya.
Sebagai seorang setiausaha sudah pastinya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan, keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Seorang setiausaha bukan hanya bertanggungjawab terhadap arahan orang atasannya sahaja malah semestinya perlu mahir dalam mengurus pejabat dengan Cemerlang kerana Pengurusan Pejabat yang Cekap akan melambangkan identiti ORGANISASINYAnya. Setiausaha yang BERKESAN akan melancarkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Prestasi sesuatu organisasi amat bergantung kepada prestasi dan sumbangan individu. Prestasi individu pula memberi gambaran amalan dan faktor lain yang mempengaruhi motivasi mereka untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Oleh yang demikian, mereka perlu didedahkan kepada teknik meningkatkan potensi diri, memotivasikan diri, dan membina pasukan agar mereka menjadi insan lebih cemerlang dan lebih berjaya seterusnya meningkatkan produktiviti diri dan organisas
LIMA CIRI-CIRI PERSONALITI DAN ETIKA SEORANG SETIAUSAHA YANG BAIK.
1) SIKAP BERINISIATIF
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja. Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.
2) AMANAH DALAM KERJA
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut. Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini
3)JUJUR
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya dengan tujuan melipatgandakan keuntungan
4) KEHADIRAN
Penolong pengurus perlulah mematuhi waktu kehadiran yang ditetapkan. Mematuhi prosedur berhubung peraturan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja iaitu dengan mendapatkan kebenaran daripada pengurus jabatan sekurang-kurangnya dua 2 jam sebelum kakitangan meninggalkan pejabat. Kemudian haruslah melaksanakan tugasan tepat pada masanya.
5) KEPERIBADIAN
Penolong pengurus haruslah menunjukkan sikap kejujuran, amanah, kesetiaan, boleh dipercayai, boleh diharap, berinsiatif, berdisiplin dan bertanggungjawab.Sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan sihat diantara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan serta dapat membendung segala perasaan syak wasangka, tipu daya dan dusta
CADANGAN KEPADA INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN
Untuk menghadapi cabaran pendidikan , setiausaha merupakan asset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran akan datang. Ciri-ciri seorang setiausaha dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan . Setiausaha perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan pertama. Seterusnya , dalam era globalisasi ini seseorang setiausaha itu perlu berorietasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan penolong pengurus serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada sesebuah organisasi.
CADANGAN KEPADA BADAN KERAJAAN
Cadangan kepada Badan kerajaan yang berkenaan ialah Pejabat Timbalan Setiausaha dan Organisasi Kerajaan , selain badan-badan kerajaan lain yang berkaitan dengan pelbagai bidang. Dengan adanya kerjasama ini, maka akan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat diadakan dalam membantu bakal seorang setiausaha meningkatkan lagi tahap kemahiran mereka, sekaligus dapat mengetengahkan bakat serta membantu mereka mempersiapkan diri berdepan cabaran global pasaran kerja dan menguasai malahan mengasah kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang setiausaha untuk mencari pekerjaan kelak dengan berasaskan program-program yang mampu merangsang kemahiran mereka.
RUJUKAN
· https://takingoff.tripod.com/etika.html
· https://www.coursehero.com/file/43230148/folio-etikadocx/
· http://www.asl-solutions.com/wp-content/uploads/2015/12/Setiausaha-Cemerlang.pdf
Comments
Post a Comment